Wednesday, October 14, 2009

Pindah Rumah

lamanya tak buat entri..kesan daripada kerja yang byk lepas raya n kemalasan yang melanda..
minggu ni pon sgt sibuk..balik rumah setiap malam kena kemaskan barang-barang sebab aku akan berpindah ke penempatan dan bukan lagi kena bayar sewa kat sesape dah...

tempatnya? nanti la aku jemput korang masa house warming nanti..

yang agak pening skang ni sebab nak kena sewa lori..ujung minggu ni plak deepavali..aduss..
and diakui ade sgt banyak iklan sewa lori tapi dah slalu sengat dah aku dengar kes penipu tokey2 lori ni..

modus operandi penipuan diorg: tuan rumah nak sewa lori 3 tan je and dah kompom ngan tokey lori..bila hari kejadian, kuli tokey tu bawak lori 5 tan n dah tentu la harga lagi mahal walaupon barang2 dlm 3 tan je..alasan : lori 3 tan rosak, ade hal lain, n bla bla bla...disebabkan taknak gaduh sebab pekerja tu dlm 3 org n tuan rumah sorang je, so tuan rumah terpaksa mengalah dengan short sebanyak rm200 dari bajet asal..

selalu gt dah aku dengar..so buat masa ni, aku tgh tanye kengkawan yang dh ade experience..kalau korang pon ade, bgtau ek..

Tuesday, September 29, 2009

Raya 2009


without my 2 bros...

Monday, September 28, 2009

List Jengkel Masa Raya

salam aidilfitri..
hope korang semua happy berhari raya sesama famili tercinta..tapi dalam happy..ade gak benda-benda jengkel yang tak dapat nak dibendung masa raya nih..aku bagi 6 je dah le..yang lelain tu aku aku cuba elakkan sebab nak raya yang berkat..huhu.

1. sampul duit raya lama yang dah melekat gam 'self adhesive' dia kat sampul lain..tapi aku pakai gak walaupon ade bekas koyak2 sket sebab bebudak nak isi je..bukan nak sampul.

2. keadaan sampin masa tgh duduk bertakbir ataupon sedang semayang sunat raya..agak menimbulkan ketidakselesaan terutama bagi yang berperot sasa cam aku nih.

3. cebisan daging rendang yang melekat kat celah gigi.

4. masih ade yang memotong ikut kiri/emergency lane bila trafik sesak..kalau aku pakai keta besar, kompom aku akan halang laluan dia.

5. air sirap / oren atau rut bir yang sepatutnya dihidangkan sejuk, terasa suam suam sebab ketidakcukupan ais.

6. movie xmen/fantastic four yg ditayangkan masa raya.lebih baik ade movie yang berunsurkan kekeluargaan walaupon mat saleh tak sambut raya...oh..aku rindukan sarkas.

enam cukupp..kalau korang pon ade, top up la sendirik..

Saturday, September 19, 2009

Tak Balik Raya? Jangan Panik..

salam..aku skang dah slamat berada kat ipoh..alhamdulillah keje aku skang ni membenarkan aku cuti masa cuti umum n siap leh amik cuti rehat lagi..tak macam dulu...tapi ada jugak kengkawan yang tak dapat cuti or student2 yang kat perantauan termasukla adik aku yang tak dapat balik kampung dan dah tentu tak dapat nak rasa masakan mak masa raya nih..

so to korang..tak balik raya tak bermakna korang takleh nak pekena hidangan wajib raya..rendang...so aku akan tunjukkan step by step cara2 nak masak rendang daging..

dah tentu ko kena ada daging..dalam kes aku, kena wat 3 kilo..tapi kalau tak ramai wat je la sekilo..

ni santan..lagi banyak santan ko buh.lagi berlemak la dia..boleh wat dlm 4 bijik kalau 3 kilo daging..

step 1 : masukkan 5 bahan utama yang dah dipotong..bawang, halia,lengkuas,serai dan daun kunyit..lengkuas tu optional..

step 2 : masukkan cili...

step 3 : masukkan santan


pastikan bahan2 tadi lemas ditenggelami santan.huhu..



bukak api n start masak...bila dah mendidih leh masukkan garam secukup rasa..agak2 la..bulan pose ni takkan nak rasa...

rendang yang dah siap..kalau nak kering lagi, leh masak lebih lama..pastikan sentiasa kacau sebab taknak bagi hangit n melekat kat kuali...

senang kan? apa lagi..cargas la..sempat lagi nak wat sebelum raya..kalau esok keje, leh bawak gi opis...tapi jgn lupa pass sket kat family awek ko..kompom pas raya ko leh masuk meminang..

selamat mencobaa...

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri


Kepada semua..

Di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin sekiranya terdapat sebarang salah dan silap yang mengguris perasaan..

Sekiranya pulang ke kampung nanti..jangan segan silu untuk memberi pelukan erat kepada yang tersayang...hanya sekali sahaja kita dapat berjumpa mereka..hargailah mereka sementara masih ada peluang.

Tuesday, September 15, 2009

cara betul pakai mask

gile funny.

Monday, September 14, 2009

makan bukan sebarang makan

last saturday berbuka di Fig & Olive, meraikan si paktam plak..new wing Sunway Pyramid..lama sgt dah aku tak gi pyramid.apatah lagi new wing ni..there's a section named marrakesh..yup..lebih kurang cam experiencing middle east punye section la..

n lesson learned..untuk berbuka puasa, bukan semua jenis makanan aku leh sumbat dlm perot aku nih..aku order chicken pesto carbonara..sangat sedap..tapi nak mengabiskan sepinggan tu sekssa ya amat..bukan sebab banyak..tapi cepat muak kot..padahal gadis sebelah aku relax je setelkan dia punya Classic Chicken BBQ Pasta.

aku rasa aku akan dtg balik makan kat sini..trying other mediterranean menus tapi for lunch..not for iftar anymore...sila-silakan la..